"Kerana dirimu begitu berharga." Biasa mendengar kata-kata ini diselitan iklan rancangan-rancangan televisyen. Model wanita rupawan pasti menjadi alat untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan. Tanpa disedari, diri yang bangga dipertontonkan sebenarnya telah diperalatkan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.
Cantik.. adakah pada rupa? Soalan yang pasti jawapannya 'Ya' secara umum.
Tetapi jikalau lelaki memilih isteri hanya semata melihat cantik itu pada rupa, andai hilang cantik itu berubahlah setianya nanti. Mata mula meliar mencari yang jelita. Cinta pudar bertukar rasa.
Namun jika cantik itu dilihat pada budi, kerut di wajah isteri seakan hilang pergi kerna terkenang baiknya budi isteri. Cinta yang disemai semakin utuh bersemi dan terbinalah kasih yang abadi ke syurga-Nya nanti.
Wanita yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.
Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.
Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu. Memberi manfaat pada yang memerlu.
Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati. Namun kecantikannya bukan mudah untuk direnggut kerana ada duri yang tajam mengawasi.
Di antara kuntum-kuntuman bunga ini, jadilah dirimu seperti mawar. Namun andai dirimu bukanlah sejelita pandangan manusia, cukuplah dirimu untuk punyai akhlak yang mulia. Suatu hari nanti, pasti ada lebah yang mengintai meminta izin penuh kesopanan untuk menyunting manismu di taman larangan.
Satu yang kau perlu ingat, kecantikanmu bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu. Yang Allah ciptakan buatmu sebagai pelengkap dan pelindung dirimu. Jagailah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hakmu.
Ketaatanmu untuk menutup aurat itu adalah hak Allah yang perlu kau jagai. Ibarat Dia menumbuhkanmu di taman larangan, ibu bapamu yang menyemaimu dan menjagaimu sehingga tiba saatnya nanti kau akan dibawa keluar oleh seseorang yang boleh menjagaimu pula dengan izinnya. Kerana itu, sebelum engkau dibawanya, hendaklah dirimu bersedia serta menjaga maruah dan ketaatanmu hanya kerana-Nya.
Wanita muslimah yang dikasihi.
Diriku yang hanya sebutir pasir di lautan manusia ini ingin rasanya membawa kalian bersama mengerti bahawa kehidupan ini bukan kehidupan yang kekal. Tiba saatnya pasti kita kan pergi. Kecantikan yang dibangga-banggakan sekian manusia jua tidakkan memanfaatkan kelak. Yang dikira adalah amal soleh, doa anak-anakyang soleh/solehah dan amal jariah. Bukankah semuanya menuntut sebuah akhlak yang mengalir dalam diri dan hati kita??
Ingatanku ini seawalnya hanya kutujukan buat diriku, dan ingatan kasihku pada kalian memungkinkan tanganku ringan mencoretkannya. Kumohon Allah pelihara kehidupan kita dengan keberkatan yang berpanjangan. Semoga bertemu di syurga-Nya kelak insyaAllah. Ameen ya Rabbal Alamin..
22 November 2010
::warkah hati buat wanita::
Posted by citieza at 11:10 PM 0 comments
21 October 2010
::Elia Abu Madhi bermadah::
Orang berkata: "Langit selalu brduka dan mendung."
Tetapi aku berkata: "Tersenyumlah, cukuplah dukacita di langit sana."
Orang berkata: "Masa muda sudah berlalu dariku."
Tetapi aku berkata: "Tersenyumlah, bersedih hati menyesali masa muda takkan berguna."
Orang berkata: "Langitku yang ada di dalam jiwa sudah membuatku merana dan berduka. Janji-janji sudah mengkianatiku ketika kalbu sudah menguasainya, bagaimana mungkin jiwaku sanggup mengulum senyum manisnya?"
Maka aku pun berkata: "Tersenyum dan berdendanglah, ketika engkau membandingkan, seliruh usiamu akan habis untuk merasa sakitnya."
Orang berkata: "Perniagaan selalu penuh muslihat dan penipuan ia bagai musafir yang akan mati kerana diserang rasa haus."
Tetapi aku berkata: "Tetaplah tersenyum sebab engkau akan mendapat penangkal dahagamu. Cukuplah engkau tersenyum sebab mungkin hausmu akn hilang dengan sendirinya. Maka mengapa engkau pelu bersedih hati dengan dosa dan kesusahan orang lain, apatah lagi hingga seolah-olah engkau yang berbuat dosa dan kesalahan orang itu?"
Orang berkata: "Kini hari raya sudah nampak tanda-tandanya seolah-olah menyuruhku membeli pakaian dan anak patung. Manakala aku punya kewajipan ke atas kawan-kawan dan saudara namun tapak tanganku tidak memegang walaupun hanya satu dirham."
Kukatakan: "Tersenyumlah, cukuplah bagimu kerana engkau masih hidup, dan engkau tidak kehilangan saudara-saudara dan kerabat yang engkau cintai."
Orang berkata: "Malam memberiku minuman 'alijamah."
Maka aku berkata: "Tersenyumlah, walaupun engkau makn buah 'alqamah. Mungkin sahaja orang lain yang melihatmu berdendang, akan membuang semua kesedihan. Berdendanglah! Adakah engkau ingat dengan cemberut akan memperolehi dirham atau engkau merugi kerana menampakkan wajah berseri? saudaraku, tidak membahayakan bibirmu jika engkau mencium, juga tidak membahayakan jika wajahmu nampak cantik berseri. Tertawalah, sebab meteor-meteor langit juga tertawa, mendung tertawa, sebab itu kami mencintai bintang-bintang."
Orang berkata: "Wajah berseri tidak membuat dunia bahagia, yang datang ke dunia dan pergi dengan gumpalan amarah."
Kukatakan: "Tersenyumlah, selagi antara engkau dan kematian ada jarak sejengkal, selepas itu engkau tidak akan tersenyum."
::Sebenarnya semua orang sangat memerlukan senyuman, wajah yang selalu berseri, hati yang lapang, akhlak yang menawan, jiwa yang lembut, dan pembawaan yang tidak kasar::
Posted by citieza at 12:24 AM 0 comments
20 October 2010
20 Oktober 2010
Assalamualaikum......
arie nie mrpakan arie sjrah bgi dri sya krn arie nie bljaq ssuatu yg bru iaitu kna wt blog sndri....rsa gmentar pown da..sbb xtaw nak tlis pa...so sya arap disini sya akan dpat pljari ssuatu yg bwu dan b'mnfaat untuk dri sya sndri dan smua....
Posted by citieza at 10:25 PM 0 comments


